sila klik 'hb' saya. xie xie ni ;)

Thursday, December 30, 2010

123

semalam, 28 dec 2010 amani dah 123 hari.

dah pandai meniarap!

hoyeaaaahhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!

Tuesday, December 28, 2010

123 hari yang membanggakan






Alhamdulillah, amani dah 123 hari:)


yeay!!!hari ni amani dah show off dia punya skill meniarap!:)


Monday, December 27, 2010

rumah oh rumah

perjalanan 2 jam ke sg besar pun belum hilang penat, dah rasa lagi satu penat nak berjalan.fuuuhhhhh...

1. gambar wedding atun belum transfer
2. belog belum update - bersawang dah belog amani ni
3. nak tulis banyak benda, tapi 24-7 tak tercatch up rasanye (dushhh! bersyukur la dengan apa yang ada)

alkisahnya, semalam ada la kecoh2 sikit kat blok umah sewa kitorang tu. kononnya kat apartment tu nak guna access card untuk orang keluar masuk. ala-ala kat condo gitu...so, last week hari rabu malam tu diornag buatla meeting panggil semua penghuni yang budiman turun (cam biase, rumah kami ni tak berapa budiman) .satu kad tu kena bayar RM15. tu tak termasuk dengan maintenance fee yang diorang nak kutip dari setiap rumah. nak dijadikan cerita, ada la sorg pakcik ni pihak pembangkang. dia argue, berapa banyak nak kena bayar. monthly maintenance - RM30, yuran bulanan untuk pak guard - RM25, access kad RM15 - kalau satu rumah dua2 kerja mesti la RM30. and mcm kami ni yang menyewa rumah, nanti kalau dah pindah rumah, access kad tu macam mana? boleh simpan lagi ke? kami nak simpan, tu duit kami yang bayar --> so kami ni still boleh keluar masuk lagi la kat area tu ---> dah jadi safety issue.

makanya, pakcik pembangkang tadi tu pun bersuara, "saya akan bukak pagar kedua hari ahad ni, so kami yang tak bayar ni akan lalu kat pagar ni, tak payah nak access2 card!"

hahhh? ambik!pagar tu dah la dekat ngan rumah kami je. memula dengar cam agak gembira.yela, tak payah pusing jauh nak balik rumah. masuk pagar je rumah kami terus.hahhah.

TAPI, pagi ahad tu, suasana yang mulanya suram bertukar jadi kecoh (BERTUKARRRR!!!). ceh, tak de la kecoh sangat pun, tapi cukup cuak la, dengan pak guard yang gagah perkasa tu bercekak pinggang buat benteng pertahanan depan pagar, pakcik pihak pembangkang siap bawak turun surat agreement bagai, polis (2 orang je pon dtg, tapi gempak la jugak), and kami ni sebagai pemerhati je la. hasrat nak gerak awal gi kenduri atun terbantut. (ciss, alasan la tu. padahal amani bangun lambat!)...tggu la dulu, bagi bersurai dulu...

alhamdulillah, tak ada apa-apa pun jadi. and pagar tu pun tak bukak (which i guess pihak pembangkang tu dah lembut hati kot?)

so, moving forward, aku pun xtau kena bayar ke tak ni????



Sunday, December 26, 2010

atun's wedding - Part 1

trip to sg besar today:

1. baju ibu + ayah - tengah sidai lg
2. baju baby - tengah sidai jugak:)
3. beg baby - diapers, spray, wipes, minyak, bedak, baju extra, socks, napkin, blanket, buku
4. etc - botol, payung

doakan kami selamat pergi and kembali:)

Sunday, November 28, 2010

7 7 7


nombor plat kereta baru ke?(berangan!)
cabutan bertuah? (bukan..)

habis tu???

7 yang pertama: berilah sepenuh kasih sayang kamu kepadanya
7 yang kedua: didik dan asuhlah dia dengan ilmu yang bermanfaat agar menjadi insan yang berguna

7 yang ketiga: jadilah sahabat yang terbaik untuknya


apa yang pertama, kedua & ketiga tu?

pertama: dari baru lahir sampai umur 7 tahun
kedua: dari umur 7 tahun sampai 7 tahun selepas = umur 14 tahun

ketiga: dari umur 14 sampai 21 tahun

paham ke? ok, macam ni...ni fasa2 sepanjang tempoh nak mendidik anak...
dari usia anak baru lahir sampai umur dia 7 tahun, kita bagi sepenuh kasih sayang kat dia...macam mana nak build kasih sayang tu? salah satunya, breast feed la baby anda...testimoni dari kakak opis, anak dia yang sulung fully BF sampai umur 2 tahun, memang sangat close and mendengar kata anak dia ni sampai la sekarang dah besar...
dari umur 7 sampai 14 tahun tu pulak, kena didik dan asuh dia dengan betul.contohnya, masa fasa kedua ni dah kena ajar dia solat (solat tu kan tiang agama! reminder untuk diri sendiri jugak...), puasa...etc..pastu kalau dia xmau buat dah boleh rotan dia...(rotan untuk mengajar ye puan-puan)...

fasa ketiga pulak, 14 to 21 ni consider zaman remaja yang penuh pancaroba:) nak pulak zaman sekarang ni, macam2 hal jadi. so, jadilah parents yang jugak bestfriend kepada anak2:) supaya dia terdidik menjadi seorang remaja berhemah:)

ni opismate aka jiran aku yang tazkirah kat aku. bagus mat roy ni, nampak je macam gila2, tapi rajen bg tazkirah kat aku:) doakan dia and wife cepat2 dapat anak...

semoga kami dapat menjadi parents terbaik untuk amani...

Sunday, November 14, 2010

Tips - untuk first timer mommy

oh cepat2 make-up! pengantin laki sampai 12.30pm ni!!!




itu dialog 365 hari yang lepas:) Alhamdulillah...semua settle dengan selamat. so, setahun sudah berlalu, tahun ni celebrate dengan amani la. the most precious gift i ever had:)


bawak amani outing kt OU semalam...jumpa mummy shu & mama pzah!oh, semua berebut nak jadi ibu susuan amani!!!



tengah berusaha nak tekel amani:)

hari ni free consultation dari paed yang diterbangkan dari ireland:) hehehe.tapi dah back for good ke Msia. ok, baik tulis. nanti lupa.

1. burpkan baby: kalau baby dalam keadaan berdiri lagi senang & elok.
2. tiarapkan baby: ni elok buat masa siang hari, lepas dah burpkan baby.tiarapkan, tahankan tangan baby kat lantai, urut belakang baby. exercise ni bagus untuk kuatkan backbone baby:)
3. sapu vaseline pun ok kat tempat2 yang possibility tinggi nak kena rashes:)
4. guna botol drBrown..ni special design nak prevent colic.(mahal weh!!!)
5. ajar baby tidur dalam baby cot:) (belum pernah lg!)
6. bagi teether kalau baby asyik nak hisap jari je...gusi dia gatal tu
7. baby kena tidur dalam banyak posisi supaya kepala dia tak penyek kat satu tempat je. x cantik.(xpe nanti pakai tudung tak nampak!)

banyak nau nasihat dr. shu ni.bertuah ada kawan doktor ni kan:) shu cepat pegi kerja. nanti aku engaged ko jadi doktor amani. doktor je tau. bukan ibu susu!


dr.shu, many thanks:)



mama pzah tengah try gendong amani :) TQ mama pzah & mummy shu. amani suka!!! comfy sangat:)
and we met uncle apaw jugak:) lama kot tak jumpa, since habis belajar kat uitm dulu...my ex-classmate & kawan belajar aie. oh, apaw nak kahwin bulan 2 nanti!:)

ni dia cik tunang apaw - rifhan:)


ayah pun suka:)
ayah, jauh panggang dari ayam dengan gambar belakang:)
ayah lagi:)


Saturday, November 13, 2010

365 hari:)

genap 365 hari:) happy anniversary, dear:)

syukur Alhamdulillah untuk segala nikmat yg dikurniakan. celebrate? plan nak celebrate tu memang ada...hadiah pun dah ready:)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaa.....:)

ni la hadiah ibu nak bagi kat ayah tu. tapi tak sempat letak reben pun:)


semoga ikatan ini akan diperkukuh lagi dengan kehadiran 'izzah amani...:)

lagi satu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

i wanna hold your hand!

dah nak dapat menantu ke ni???:)


amboi anak ibu...kecik2 lagi dah pandai pegang tangan ye:)
ok2, bukan salah ibu mengandung ye. tapi comel,kan? ni adam harith. anak eima & johan. bila dah ada anak, memang tak ingat langsung dah nak ambik gambar mak bapaknye:)

adam, cepat pegi invest kat public mutual:)

Wednesday, November 3, 2010

our 1st outing











30 0ct 2010
wetworld, shah alam

dulu 6 tahun duduk s.a, x pernah langsung jejak kaki kat wetworld. malu weh kalau tengah bergumbira golek2 dalam air tetiba classmate lalu.harus la seminggu mc lepas tu:)

1st outing as one happy family. amani good girl tu tidur dalam stroller baru sampai pukul 10:)



ni familyday PE PERODUA. tu yang semangat je tengok semua mcm sugus tu...


santai dalam wetworld

makan time! amani good girl tidur lagi:)

still sleeping:)

awake!:)

terus balik Jengka after the event. hehe. 1st outing amani yang sangat jauh!

Thursday, October 28, 2010

terima kasih bonda...

khas untuk ibunda tercinta, Puan Kamsiah Hj Sidek... ( walaupun mak tak ada blog, tak BW, tapi still nak buat entri untuk mak.mana la tau besok lusa mak godek2 laptop k.ani ke...k.awe ke...lepas tu ada broadband celcom pulak tu, mesti mak google sana sini and terjumpa blog ni...)

mak ni kalau dulu habis sekolah masuk u
, mesti dah jadi engineer sekarang. kat rumah tu, cakap je apa yang tak kena, paip bocor, kuali retak, sudip patah, pisau terbakar? tak ada hal punya, semua tu bisa diatur..tu yang ada pisau mcGyver, sudip kayu panjang seela, periuk tampal pon nmpak cantik...mak..mak...

kalau nak ikut, mak start jaga amani masa amani 7 bulan dalam perut ibu dia lagi.ayah amani masa tu pegi outstation, pegi berohayo gozaimasu..tinggal la amani dengan ibu n embah kat rumah. 2nd day lepas ayah pegi, ibu dah mc 3 hari:) sakit. masa tu dah start berpantang makan. tak makan benda pedas langsung, makan sawi, buah je banyak..embah la yang jaga:) tQ embah amani..

then, a week before due date, embah amani datang shah alam lagi. kali ni ngan embah lanang pulak:) amani masa tu dah start tunjuk tanda nak jumpa embah dah. kejap2 mengeras je perut ibu ni. rupa-rupanya amani menggeliat ye, sayang. sampai hari ni pun amani suka sangat menggeliat:) bayi sihat. biar cepat membesar. masa tu embah la yang siapkan makan nak sahur & buka puasa.ibu memang tolong sikit2 je. hehehe. start 24/8/2010, amani dah mekap2 nak keluar:) masa tu dah ada tanda (darah), so embah, ayah dgn ibu memang dalam standby mode je. ayah pulak memang tak masuk opis dah, ada majlis buka puasa pun dia tak pegi dah:) khamis, 26/8, check-up 40th week kat demc. embah ikut masa tu, saja bw embah jalan2 shah alam. since contraction pun ibu rasa dah makin kerap, doktor terus siapkan dokumen2 nak register ke wad bersalin. embah tak putus-putus ingatkan baca apa2 yang patut. ayat Qursi, 3-Qul...doa-doa dalam buku ustaz Ismail Kamus tu semua embah dgn ibu study betul2. balik checkup, terus bawak embah pegi Jakel seksyen 7. nak cr kain putih:) ibu nak berjalan pun tak berapa betul dah masa tu. tapi sebab memang suka berjalan kn, nak jugak turun.wahhh, masa tu pulak tengah sale baju raya.rambang mata! tapi simpan je niat nak beli baju2 cantik tu:( pujuk diri sendiri nanti lepas bersalin size S laaa:)

malam tu, ibu dah tak boleh tidur dah. memang lepak je depan tv dengan ayah amani. tapi ayah tu tidur laa.apa lg:) embah kejap2 jengah kat luar tgk ibu. ibu dah start timing contraction masa tu. pukul 2 pagi je, dah mula 5minit sekali sakitnya. kebetulan embah bangun dah masa tu, terus kejut ayah.nak pegi hospital. ye la, anak sulung kn. mana ada experience lg..embah pun siap2 sekali, suruh ibu mandi air panas dulu. hmmm, ibu pegi pun pakai t-shirt n kain batik embah tau:)

sampai hospital dalam 3.30 am, terus masuk wad bersalin. masa tu embah dgn ayah temanka. embah lanang tak nak ikut:) boleh nak borak2, makan2 kurma lagi masa tu. pagi, lepas ayah dgn embah sahur, solat, ibu pulak sarapan.:) sandwich n milo. buat tambah energy:)

baru lepas tukar uniform...

pukul 9pg doktor datang, pecahkan ketuban. masa tu diorg dah tak bg ibu bangun.kena baring je. doktor cakap dlm lepas zohor boleh bersalin dah. sakit makin kuat dah masa tu. ibu pegang je tgn embah n ayah amani kuat2 bila sakit datang. kena positif, sakit sekejap je tu. tapi sebab tak tahan sgt dah, ibu mintak nurse bagi ubat tahan sakit jugak. nurse memang dah cakap, ubat tu kdg2 boleh cepatkan lagi bersalin. masa tu dah tak tgk jam pukul berapa dah. embah amani tak lepas tgn ibu dah masa tu. ayah sebelah kiri, embah sebelah kanan. wah, rasa bertuah sgt masa tu, syukur sgt embah dapat masuk temankan ibu:)

sempat ayah snap!

pukul 11 lebih kot( tak tgk jam), ibu dah rasa memulas2, cakap kt embah dgn ayah, embah suruh ayah panggilkan nurse. nurse datang check bukaan, owh ooo..dah 9cm! rasa baru je doktor check cakap still 2 cm pg tu. ok, the time has come. embah diorg suruh tggu kat luar. embah sempat pesan jgn berhenti baca pape yang patut. ayah je temankan ibu. doktor sampai je, makin kuat rasa sakit tu. terus rasa sayang sgt kat embah, macam mana la embah dulu lahirkan ibu, dah la masa tu lahir kat rumah je:) ibu tak ingat berapa kali teran masa tu, sebab rasa mengantuk je. ubat tahan sakit tu rupanya memang buat rasa mengantuk:) hehehe. terus ibu semangat nak push bila kakak2 nurse tu dah macam cheerleaders kat tepi katil.hehehe. ayah la yg leader nye;) dalam ngantuk2 tu, ibu push je jgk. drp ms mengandung asyik tak terbayang macam mana la push tu. dah sampai masanye, tak payah tau pun tak apa, kita pandai sdri je nanti. :)

11.33am, amani pun selmt keluar sepenuhnya:) Alhamdulillah...syukur sgt bila dengar amani nangis. hehehe. macam buluh perindu suara:) dah selesai ayah azankan semua, nurse and doktor pun dah cuci2 ibu, embah masuk:) embah cakap dah bgtau semua adik beradik..Alhamdulillah...


stat dari hari tu, embah la yang bela amani. masa nak balik Jengka, embah yang riba sepanjang jalan. sampai kampung, embah yang readykan air2 mandi ibu dgn amani, embah sediakan makan. semua embah. malam pun embah tidur dengan kita:) saaaayang embah. bila tghri, amani nak embah yang pujuk kalau cuaca panas.heheh.manja dengan embah ye:) malam2, embah jugak yang stay-up kalau amani tak nak tidur. sampai kul 4 pg embah jaga:( huahhhh, ni nanti kalau dah besar tak kawan embah memang laaa..

sampai la dah nak genap 60 hari cuti ibu, embah jugak yang hantar kita balik shah alam. terima kasih embah, sebab jaga amani dengan ibu. dari amani belum lahir sampai la amani 2 bulan dah skg:) terima kasih embah, selalu pujuk amani bila amani meragam, sampai embah tak pegi pun kalau ustaz md ali buat kelas agama kat surau, tak pegi bila ada marhaban kat rumah org kawin...tQ embah;) amani, ibu and ayah saaaaayang sgt kat embah. nanti cuti2 amani balik kampung ye jumpa embah:)

we love u embah:)




Friday, October 22, 2010

2 bulan

ok, 2 months jab sudah setel. before kena cucuk dengan dr fadzillah amani dah geleng kepala.macam tau2 je.hehhee.


muka lepas kena cucuk.terus tidur lepas dah nangis2 sikit:) kuat la anak ibu ni...

ok, ini bukti jelas anak ayah ada lesung pipit macam ayah dia.huhu...

terus pecut ke bentong bawak mak lepas balik dari demc. tujuan ke bentong? nak memantau berapa ukur lilit pinggang alya liyana:)



yang tgh2 tu alya:)

ok, amani, ibu dan embah nak balik dah...:)

Thursday, October 21, 2010

you rock!

amani with her new rocker. rocker telah dibelikan oleh siwo ani . (baca: siwo = auntie dalam bahasa jawa) di sogo dengan harga RM xxx.xx (masuk buku ok kah?). ibu amani yang excited dengan benda ni.you rock, babeh! hehehe. dulu masa kecik mana ada. tanya mak, zaman dulu mak jaga kitorg macam mana. mak cakap campak je atas buai:)

Monday, October 11, 2010

still dalam pantang?

ingatkan dah 48 hari dah boleh makan macam2.rupanya tak ye kawan2...badan perlu dijaga lagi.bengkung, param, pilis, tapel itu must still on (target 60 hari pakai bengkung!).

bila pokok betik tepi rumah ni tumbang, hati dah mula berbunga2. mesti mak buat sayur betik.(favourite ni! cara buat, betik tu diparut halus2.tumis dengan bwg merah+putih+ikan bilis+cili api.pedas2.tumis ye puan2). sedap mkn ngn nasik pns2. tapi ni resepi kalau bukan dalam pantang la.huhuhuhu. sebab mak pesan jgn makan betik dulu.sejuk. kalau maknye yg sejuk takpe. ni kesian kat baby.ok, noted. i love you babeh!

sambil2 dalam pantang ni, banyak la masa nak google sana sini. terjumpa pulak resepi ni:

SAMBAL UTK KURUSKAN BADAN

IKAN BILIS
LADA HITAM
HALIA
LIMAU NIPIS

semua bahan2 ni ditumbuk, then perahkan limau nipis. sodap makan dengan nasik panas.nak lagi ummpphh? petik la daun pegaga kat keliling rumah, potongkan bawang merah sikit, tadaaa...jd la kerabu pegaga.

sesuai untk org dalam pantang actually...bukan dalam pantang pun boleh.halia elok buang angin. di samping tu, boleh rampingkan perut tanpa perlu ambik JM5!:) encik suami dah stop ambik JM5 lepas baca buku Kevin Zahari..lupa tajuk buku tu...

Saturday, October 9, 2010

di mana kan ku cari ganti







entri tribute to arwah gemuk, yg pergi meninggalkan kami semua (keluarga 246), pd hari Jumaat, 8 Oct 2010, 29 Syawal 1431H.

dah lama dah gemuk jadi part of the family. dia lah kawan, teman, penjaga rumahh, penangkap tikus (kdg2 je), adik, anak bongsu mak ngn bapak...dia la yg temankan mak ngn bapak saat kitorang anak2 semua kat perantauan.

masa dia muda2 dulu, dia paling takut nak keluar rumah.paling jauh dia pergi pun depan pintu rumah je. day after day, dia dah membesar, dah mula ada rakan sepermainan. dah mula la life dia as a truely kucing. berjalan rumah orang, kawan dgn kucing2 jantan, ngorat kucing betina (ye ke?)...dah mula berani gaduh dgn kucing lain.kalau x, jgn harap.dgr kucing gaduh pun dia yg nyorok bawah meja.walhal dia kucing!

tapi, gemuk ni memang penyayang sgt...rajin sgt ajak anak2 kucing jiran sebelah rumah ni dtg rumah.ajak mkn dalam rumah.baik,kn? dia rajin mengasuh anak orang. gemuk anak tunggal.dia lahir dulu sekor je. tu dia suka kot ada kawan2...

banyak kali dah dia demam2..sakit2...mak kalau gemuk demam mak bg antibiotik je. terus elok demam:) kalau kaki luka mak siram je minyak gamat.elok la balik:) bapak pulak paling rajin layan gemuk. gorengkan keropok ikan setin pun utk gemuk makan.mmg anak bapak!
sampai satu tahap tu, mak kan bgn awal pg nak jual nsik lemak. tapi dia xde pun bgn mengiau2. tapi bila dia dengar je bapak jalan ngn bunyi selipar dalam rumah, terus mengiau je nak masuk dalam rumah. gemuk...gemuk...










dia pun manja yg amat kat mak n bapak. kalau nak tidur, nak gesel2 dulu kat kaki mak or bapak. dpat sikit pun jadi la...terus dia lena tidur.senang bela dia ni:)

pernah hari tu, si huruf "u" tu masuk rumah.si gemuk ni lepas dari tu je dia jarang tidur luar kalau malam. dia tidur bwh meja betul2 dekat ngn tempat "u" tu ada hari tu.baik, kan? sayang dia kat tuan dia. betul2 jaga umah.

hemm...dah bertahun2 gemuk duduk sini, sampai kalau mak kol pun tanya gemuk wat apa (lepas ni x boleh tanya dah:( ) dia start sakit masa bulan puasa hari tu. badan dia dah x larat kot. dah tua sgt. sampai la baru last week, makan pun tak lalu. asyik ngiau je...:(

masa hari khamis tu, dia dah xde ngiau2.bapak ngn mak carik2, rupanya kat bwh umah dah, terbaring...:( mkn xnk dh..mak bg minum air yassin je...

pagi2 jumaat tu, bapak pergi jenguk, dah xde dah gemuk...biarlah, dia dah pergi jumpa Penciptanya balik...besar pahala dia, pergi hari Jumaat:) semoga dia tenang & gembira kat sana...jumpa lagi gemuk...thanks for everything:)



gemuk dalam kenangan...gambar amani tu background je:)




Friday, October 8, 2010

7 jumaat


oppsss.ini bukan tajuk filem:) hari ni dah genap 7 jumaat amani menghirup udara segar di bumi yg fana ni.

perkembangan dia? dah mula senyum-senyum nak ajak sembang.paling tak larat kalau time tu pukul 3 , 4 pagi. (tapi malam tadi pukul 3 pg baru betol2 tidur.aduhhhh, stay up la ibu mcm zaman belajar duluu). rutin dia, bangun pagi mesti nak minum dulu. pastu kalau pukul 9 tak mandi lagi dah lewat sgt la tu. then kena dengan pantas pakaikan pampers (ok tipu.huggies sebenarnya brand dia), pakai baju, mekap2, then minum lagi untuk pejamkan mata. tidurlah nak...kalau t/hari panas, memang meragam la dia.berpeluh2. mcm org tua je. pukul 5 petang, dah time mandi lagi.amani memang suke air! senyum je kalo mandi. dah siap2, tidur lagi...



tu je la schedule dia.sekarang mmg minum susu ibu je. harap dia cukup knyang. nanti ibu mkn healthy food byk2 ye cayang...(tapi teringin nak mcChicken.how???)


Maher Zain - For The Rest Of My Life

Wednesday, October 6, 2010

sunatkan baby:)


amani yang gondol:)

apa hukumnya? macam mana sunat baby girl? boleh tumpang baca kat sini.

hem, hari ni amani dah 41 hari. baru petang tadi mak aji leha datang rumah, sunatkan amani. mak aji leha ni anak arwah mak we, bidan mak masa bersalinkan saya & k.ani.
kiranya, memang turun-temurun la ni.pisau pun turun temurun tau:) memang tak boleh bayangkan apa nak disunat.puas la tanya mak banyak kali, tapi tak paham2.mak cakap buat syarat je, janji keluar darah sikit.(oh, macam tu ke?)

si kecik ni pn cam tau2 je petang tadi nak kena sunat. dalam pukul 3.30 tu dia bangun minum, poo poo sekali, terus tak tidur. baik je minum, tak ngamuk2:) suka ibu (*-*) bila dah siap minum, mak aji leha panggil suruh duduk dekat dia riba amani. ibu amani dengan pantas naik bilik dulu, buat report kat ibu pejabat yang kat rawang tu.."ayah, the time has come!" and macam biasa, ayah baby yang nervous :) macam dia je yang nak kena tengok!

ibu pun riba la si kecik ni, lapik bantal.ok, mula2 bukak pampers amani.pastu mak aji tu belek2, zaaaapppp! ok belum lagi.amani keraskan kaki plak.ibu dia kena pegang kaki dulu.belek2 lagi, and....done! diiringi suara buluh perindu amani yg lemak merdu tu.tapi kejap je nangis...kuat la anak ibu ni:) then, letak ubat sikit.dah selesai...syaratnya berdarah. sikit pun tak apa.

untuk mak aji, ada syarat lain pulak. kelapa sebiji, gula, beras, duit rm0.25. tanya mak, nak buat apa benda tu? mak cakap buat bubur biasanya. hemm, kurang arif bab2 itu.

maka dengan itu, setel la semua hari ni. dah boleh balik s.alam dgn tenang:)



Monday, October 4, 2010

Si Gondol


29.9.2010

jam 11 pagi, acara menggondolkan kepala amani bemula. alat yang digunakan hanya lah pisau cukur bapak, gunting mak, bedak gohnson baby. syukurlah nak...tidur je si kecik ni.



nasib la diam je si kecik ni...dengan penuh hati2 embah kam mencukur kepala amani:)





sikit je lagi...





Friday, October 1, 2010

'Aqiqah - 17 Syawal 1431H



kambing: import dr temerluh

Last minute plan sebenarnya.Plan asal nak buat doa selamat biasa je, sebab tak ada stok kambing. Sampai la hari Jummat tu, kawan k.nor rupanya supplier kambing. So, tertunai la hasrat ayah amani nak buat aqiqah untuk anak sulung dia ni:)



para penyiang daging kambing...

majlis start lepas isya'.tapi ayah amani dah start nervous dari asar lg, takut amani ngamuk2 masa majlis. lately ni memang mood dia tak menentu. dengan ibu pun dia tak nak:(
tapi, Alhamdulillah..semua berjalan lancar. diam je amani masa ayah dukung dia.




lauk kenduri: daging masak merah, ayam kicap, sambal udang, sambal goreng basah air: sirap pencuci mulut: tapai wah...tapi tak ada gambar. nanti orag dalam pntang terliur:)


us:)

Saturday, September 25, 2010

i'm 30!

ok2, bukan saya dah 30 tahun. hari ni amani dah 30 hari.Alhamdulillah...amani sihat:) ada pun 2 3 kena gigit nyamuk kat hidung, mata, pipi.tomel je.macam jerawat!

semalam, amani dah pandai letak kepala masa meniarap. tapi dia ditiarapkan ye, belum meniarap sendiri. tapi kepala dah boleh angkat sendiri.wahhhhh..bagus anak ibu ni:) tengah2 meniarap semalam, tiba2 macam dah ada gaya nak angkat buntut.aik? dah nak merangkak ke anak ni? sambil dalam hati rasa musykil, terus sms encik suami. ok encik, nanti saya upload video:)

Monday, September 20, 2010

'Aidil Fitri 1431H


Keluarga bahagia...:)


Err, ok...orang dah habis raya 6 baru nak update:)

Raya tahun ni kat Jengka dulu (sebab dalam pantang, kan.mana boleh jalan2 sangat, nanti bentan. orang tua-tua cakap la). so raya next year inshaAllah kat Melaka dulu pulak. itu pun kalau tak dalam pantang lagi la.heheh.ada nawaitu nak bersalin dalam bulan puasa setiap tahun ke? walaupun puasa tahun ni cuma dapat 13 hari je (17 hari nak kena ganti!mak oiiiii!), tetap bergaya dengan baju raya di pagi hari:) maklumla, tahun ni raya bertiga. ok2, encik husband dan saya tak sempat nak raya berdua as husband and wife, terus bertiga:) dengan color tema purple, kami bergambar dalam rumah depan katil sahaja:( 'izzah amani, tahun depan kita pegi ikut baraan ok?

since still dalam mode confinement, makanya raya hanya duduk di rumah sambil tengok alya liyana makan sup tulang, ketupat dan rendang 5,6 kali ulang.

baru 25 hari dalam pantang.terasa macam dah lama. dah mula rasa gundah hati fikir nanti kerja kena tinggalkan baby kat pengasuh:(





Thursday, September 16, 2010

anak oh anak...

ni amani 11 jam lepas lahir...tidur je!
amani dah makin membesar! ye, sekarang dia paling susah nak tidur malam. malam tadi pukul 11 baru tidur..kesian mak, kena temankan si kecik ni. ibu amani ni dah tertidur je, sakit kepala...siang pulak, kalau cuaca panas jangan harap la amani nak tidur.gelisah je dia..ala anak ibu, jangan la macam tu, rumah kita tak ada air-cond tau. gamaknya ayah kena pasang air-cond la pasni.hehehe.


Tuesday, September 14, 2010

menu dalam pantang

Received comment dalam fb from shera. dah kurusss. harus la saya kurus, cik kak.hari-hari menu memang menu sihat. (boleh hantar resepi mak kat majalah rapi lepas ni). first day balik rumah after discharge, mak buat sup sayur tempe + kobis and ikan bakar. breakfast, roti bakar+madu+air milo (milo is air wajib ada. say no to tea and coffee for the time being). minum petang biskut kering+air milo (see, milo lagi!). makan malam kadang-kadang lauk sama dengan lunch. tak pun sayur sawi or carrot or lobak asin. kalau ikut kan, memang semua lauk2 plain je. tabahkan hati sepanjang confinement ni nak makan lauk sama setiap hari. sedap! sambil bayangkan muka baby yang comel masa makan :) baru la berselera. nasi pulak, mak memang isi penuh sepinggan! saya pulak memang tak bangun nak tambah2 ni. hehehe. air selepas makan nasi ialah air masak sahaja ye. teh o ais limau tak akan dijumpai untuk 40 hari ni:(

tapi, masa raya, mak dah kasi kelonggaran sikit. dah boleh makan ayam masak kicap, sambal goreng (makan tempe, kentang, fucuk sahaja). makan dengan gembiranya sambil berdoa mak bagi makan rendang pulak.:) unfortunately, semua tu tak bertahan lama bila saya tengok mata baby dah sedikit berair and merah. oh, saya makan ayam masak kicap, ada lada hitam! terus stop makan semua lauk pauk berkenaan dengan raya, and back to basic. kesian baby, baby tak tahan pedas ye sayang:( ok, ibu makan lauk orang pantang balik.hehehe.

ok, sila amalkan menu di atas kalau
nak ramping dalam masa yang singkat. (saya baru 19 hari berpantang, tapi rasa lagi kurus dari sebelum pregnant!).and jangan lupa pakai bengkung hari-hari. mak cakap dulu mak pernah pakai bengkung 6 bulan without failed! (mak, nanti saya tak pergi kerja kalau sampai 6 bulan berbengkung)...

Monday, September 13, 2010

'izzah amani

new born: 27-08-10 @ 11.33am, DEMC

Alhamdulillah..hari ni amani dah 18 hari:) seronok tengok dia membesar.macam2 perangai.:) Raya mood still ada. Tapi ibu amani tak boleh nak feel sangat.sebab tak boleh nk makan rendang, lemang, tak boleh nak pegi beraya macam tahun2 sudah...betul2 duduk rumah, pakai bengkung, berkain batik.(ok, kan tengah dalam pantang!) duduk rumah dengan amani pun ok apa...orang datang raya, tengok amani, dapat duit 'muputan'.hehehe. lain kali nak letak tin milo kosong sebelah amani, boleh? tak payah orang nak selit2...(mesti amani cakap teruk betul ibu aku ni!) :)
Bila tengok anak hari-hari ni, rasa sayang je nanti nak tinggal kat pengasuh masa kerja. confirm hari2 nak balik awal. (sorry bos, i nak ambik anak.tak elok budak kecik kat luar rumah kalau dah maghrib). cukup kukuh tak ye reason ni. (or: boss, i tak ada maid kat umah). doa semoga segala urusan dipermudah.amiiin. selalu terfikir, macam mana la orang yang buang anak tu, tak ke tak boleh tidur malam kalau teringat anak? bila dah tengok muka comel, suci murni anak tu tiba2 mesti rasa sayu, tenang je.memang betul la orang yang buang2 tu tak de hati perut. kejam. semoga Allah melindungi kita dari terjebak dalam kancah tu...

macam2 plan nak buat sepanjang confinement leave ni.rasa memang tak cukup 60 hari. hopefully by the time anak 2nd nanti kerajaan dah approve cuti 90 hari tu:) (berangan anak 2nd dah ke makcik oiiii).heheh.

amani dear, tidur nyenyak2 ye sayang.ibu nak bukak fb:)