sila klik 'hb' saya. xie xie ni ;)

Tuesday, October 18, 2011

bisul oh bisul...

tanggal 12 oct 2011, (kena masuk buku sejarah ni) amani si kecik tu dah selamat menjalani satu minor operation. Alhamdulillah. minor je ye, sila imagine kecik2 je pisau2 dan gunting2 yg doktor guna.

balik skolah 11 oct tu, ummi bgtau bisul dia tiba2 je besar. mmg besar! besar ibu jari. mlm tu jugak pegi Giant KD dengan mission nak beli ubat kat Guardian. ubat ape pun tatau. tanya je lah.

tanya punya tanya, akak pharmacist tu ckp," better bwk pegi hospital ni. takut nti ada infection lain". (saraf kt kepala kan byk).ok, noted. berazam nak bwk pegi check kt DEMC besoknya.

12 Oct 2010

pukul 6.45am dah keluar, pegi DEMC. fuhh, nasib baik tak ramai org lg. tp dpt jumpa doctor pukul 8 jugak.huhu. dctr on duty: Dr Maznor. bila dia tgk je," ish, ni nak kena operation ni. boleh?" zuppppp! hah? sentap. dua2 senyap. bila dia explain, bisul ni tak de mata, so tak akan pecah. sebelum dia bertambah besar, better buang dulu.minor je ni. kejap je. ok doctor, proceed je lah. sambil tu nebes dah, x pnh ada emergency macam ni. (bila dah ada anak ni semua possibility kena ambik kira). lagi satu problem timbul bila dctr tanya." ada insurans tak?". erp, amani punya belum buat! dushhh! (tu la asyik postpone2 je). cemana ni?

nasib baik dctr tu ingatkan, "PROTON ni mesti ada medical card kan?". hah? saya mana pernah guna, doctor!koorek2 dalam wallet, fuhhhh,  lega jumpa!thank u la dr maznor:) konfius jap sape yg kerja PROTON :)

cabaran bermula lepas tu. amani kena puasa 4 jam before operation. mak aih. budak kecik tu kalau nak tido msti nak susu. pastu mulut dia rajin je nak kudap2 ni. masa 4 jam ni la paling mencabar. dia dah merengek2 nak minum la, ngntuk. puas la ayah dia bwk naik turun escalator, main kt tempat budak2, main kt lobby. pukul 11 naik atas balik. amani dah nak ngamuk2. hahahahah. nasib baik ada tilam vono yg sgt selesa, tepuk2 amani, dukung2, sampai la tertido. lega.

ok, pukul 12pm, nurse dah suruh tukar baju. dengan ibu sekali kena pakai uniform nak masuk OT. tp baju utk ibu same cam baju nurse2 OT la. nasib baik amani still tido dgn nyamannye. dukung dia masuk OT. mula2, doctor bius yg hemsem dtg, brief pape yg patut, sign surat kebenaran. dah siap sign, dukung amani masuk OT. still tdo. doctor bius bg gas nak suh tdo, lalalalalalaa, "puan, sila tggu kat luar ye". pergh. cam dlm cerekarama pulak. doa dlm hati. amani kuat:)

sambil tggu tu nurse bg baca rapi. herm, x baca pun. belek2 je.nebes. dlm stgh jam, tgk diorg dah tolak troli keluar, pastu doctor hemsem kat blkg tgh dukung amani. Alhamdulillah. tq Dr. Jaseemudin:) hhehehe. eh, surgeon dia Dr Tan. dia pun ms check amani mula2 tu cam seram2 je bisul besar kat baby. heheh. Alhamdulillah semua selamat. amani pun dh tersedar, terus bg susu, tdo balik.

bila dah transfer masuk daycare balik, amani tdo lg. kwn2 opis ayah dtg visit. tp nmpk cm ibu plk yg sakit, hehehe. kul 3 ptg, amani dah bgn, terus lari2 dah dalam ward tu. see, bdk sihat & kuat!


tdo ward satu malam.



amani dah nak sihat! Alhamdulillah.

4 comments:

blog-tips-kurus said...

naiklah medical bill proton bulan ni. hoho!

*ikat kepala tu stylo le.. (",)

amani said...

hahahaha...xpe hbiskan je duit proton tu;) ikat kepala cm hulubalang melake:)

azmil said...

oooo.. Ini ke kisah disebalik kepala amani yg berbalut tu.. Ingatkan fesyen ke ape.. Haha..

piji said...

salam,,, nak tanye berape cost pembedahan tu? sy nak buat pembedahan tapi perlu biaya sendiri jadi saya nak tahu estimate cost